Monday, December 19, 2011

Setelah lama menghilang.....

Wahai blog....da lama ak menyepi. Tapi hari ini ak terpaksa muncul kembali walaupun pada awalnya aka mahu tutup terus blog ini. Tapi rasanya belum masanya lagi. Aku masih memerlukan kau untuk mencoret luahan hati ak.

Tuesday, April 12, 2011

Sedih lagi....

Macam-macam dah berlaku dalam beberapa hari jer dalam hidup aku. Rasanya dalam banyak-banyak tahun, tahun nilah hidup aku paling teruk. Tapi aku pelik dengan sikap dia. Dia dah mula berkasar dengan aku, langsung tak nak dengar cakap aku dan tak nak dengar langsung pendapat aku. Napelah boleh jadi macam ni. Aku tension sampai darah aku naik. Rasa dah tak mampu nak teruskan hidup lagi. Tapi takkan aku nak bunuh diri pulak. tu lagi keje gile..Apa yang perlu aku?? adakah aku perlu lari dari semua orang?? Adakah aku perlu tinggalkan mak ayah aku, family aku, kawan-kawan aku, buah hati kesayangan aku dan orang-orang yang kenal aku???? Apa yang perlu aku buat sebenarnya??? Adakah aku harus mengikut langkah Muhammad Wafiuddin??? Tapi tak ada siapa pun yang boleh faham aku.... :(

Monday, March 7, 2011

Tahun Baru Dah Berlalu...

Dah lama juga aku tinggalkan kerja aku ni. Dah msuk bulan ketiga baru nak tulis balik blog ni...busy la la katakan. Baru aku tahu betapa sibuknya orang yang sambung belajar mibil degree ni. Penat tak payah la cerita. Hari-hari kena nanges sebab tension dengan asigment,test macam-macam lagi la. Tapi aku cuba jadi kuat walaupun aku rasa tak kuat nak lalui lagi. Sambung belajar dekat induk ni tak sama macam sambung belajar di Puncak Perdana. Dulu masa sem 1 duduk rumah teres, tapi bila naik sem 2 ni kena pindah lah pulak. Sebab rasa berat nak bayar sewa. Bila dah pindah...ambik ko..pape pun tak ada dekat rumah ni. internet tak ada. nak buat asigment semua garu-garu kepala. Broadband lak cam hampeh. Nampak gayanye sem depan memang aku pindah lagi la jawabnya. Baru masuk bulan 3 dah macam-macam hal berlaku dalm hidup aku. naik kuut di buatnya. Dengan kawan-kawan..dengan hal bf..adui..kusut-kusut..

Tuesday, November 16, 2010

Perasaan Yang Berbaur...

Hari ni satu hari tak duduk rumah. Nak kata merayap tak jugak. Hari ni kena tolong masak dekat rumah my omey (Fakhruddin). Penat memanglah penat Lepas masak tu terus tertidur dekat kerusi. Nak kata happy tak jugak. Nak kata tak happy x jugak. Aku sendiri tak pasti apa perasaan aku. Malam pulak. fakhruddin datang rumah. Lepas 2 aku bawak dia pergi rumah atuk. Jumpa atuk. Lepas tu dia terus lepak rumah aku online. Lepas tu tiba-tiba nora msg pulak. Ajak Fakhruddin pergi dekat warung dekat Parit Jambul tu. mula-mula macam tersedih kejaplah. Tapi lantak la. Aku dah malas nak fikir.

Monday, November 15, 2010

Hari Menyakitkan Hati...


Hari ni aku on nsetku tepat jam 1 pagi. Terdapat dua miscol dan satu msg dari die (Fakhruddin). Dia hantar msg minta tolong. Memula pelik juga. Rupa-rupanya nak minta tolong pergi Rengit. Buat ic sambil mengedar dia punya kopi. Tapi tak kisah pun. Dah sayang. Buat apa pun tak kisah untuk dia. Kita orang pusing Rengit dan Parit Raja. Masa dekat kedai makan yang dekat Rengit kedai nasi ayam kalau tak silaplah. Berlaku perselisahan faham sikit. Aku pun apa lagi nangis la. Sekarang ni apa-apapun dia (Fakhruddin) mesti nak menangkan raihan. sikit-sikit raihan. Tu Raihan, ni Raihan. Geramnya. Dia (Fakhruddin) macam tak kisah bila raihan buat aku terasa hati, mewujudkan diskriminasi. Bengang-bengang. Myra (ex Raihan)banyak kali dah bagitahu aku dia orang akan mewujudkan diskriminasi satu hari nanti kalau aku join bisnes tu. Tapi apa yang myra cakap tu memang betul pun.Sebab aku dah terasa situasi tersebut. Sedih-sedih. Dah tiga kedai kita orang edarkan hari ni. Setakat ni okeylah. Tapi semua tak nak bayar lagi. Just tolong jual jer. Lepas tu gitu gini sampai rumah dia (Fakhruddin) dalam pukul 4 lebih petang macam tu. Lepas dia pergi ambil ayam dekat simpang 6. Mula-mula macam tak nak ikut. Tapi, tiba-tiba hati aku tergerak nak ikut pulak. Tengah-tengah nak ambil ayam, tiba-tiba Raihan pulak telefon, buat mati mood aku jer. Dia boleh ajak pulak boyfriend aku tu pergi stokis. Aku bagi hint gak tak bagi tapi dia tak faham pun. Bukannya aku suka-suka tak bagi, ada sebab aku tak bagi tapi nanti kalau aku cakap aku jugak yang salah. Last-last aku yang kena basuh ayam dekat rumah dia. Dah la aku tak pernah basuh ayam. Bengang gila aku. Aku tahulah tu rumah bakal mak mertua aku. Tapi agak-agak la. Aku di suruh buat kerja,dia tinggal aku. BENGANGNYA!!!. Yang aku pelik tu Raihan pulak tak boleh fikir ke kalau dah si Fakhruddin tu pergi ambil ayam comfrom la lepas tu ada banyak kerja. Ni boleh pulak dia ajak keluar buat bisnes. Bisnes-bisnes juga tapi janganlah sampai family terabai. Karang aku cakap lebih-karang kata aku menganjing si Raihan (Jozet PtKing) pulak. Tapi bila tak cakap macam semakin melampau pulak. Tak apalah aku nak tengokkan jer. Malas da nak cakap banyak. Suka hati korang lah labu.

Sunday, November 14, 2010

Pisau Tertusuk Di Dada....



Pada 14hb November 2010 aku bukak facebook aku. Mula-mula aku ternampak someone add aku. Lepas aku semak siapa identiti beliau aku telah approve. Kemudian aku telah membuka pula di bahagian notification. Ada la dua tiga komen jer. Seterusnya aku tergerak hati nak bukak my boyfriend punye facebook. Aku sangat terkejut beruk dengan kenyataan dia. Dia panggil aku setan. Sangat sopan bahasa yang digunakan terhadap diri aku. Aku sendiri tak pernah lafazkan perkataan dekat dia. tpi bwt aku macam tu. Aku rasa hati aku benar-benar terluka dan terhiris dengan kata-kata dia. Untuk marah rasanya tidak biarlah, kalau dengan kata-kata itu mampu membuat dia bahagia. Sanggup dia lafazkan perkatan tu dekat orang yang banyak berkorban untuk diri dia. Sakit hati aku,terlukanya hati aku hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Aku tak tahulah kenapa aku masih mampu bertahan dengan segala tingkah laku dan sikapnya terhadap diri aku. Walaupun segalanya amat pahit dan menyakitkan tapi aku masih mampu bertahan lagi. Tapi adakalanya manis tu tetap ada. Kebiasaanya kalau dalam seminggu tu, empat hari adalah hari untuk nanges manakala tiga hari adalah untuk ketawa. Tetapi kekadang dalam seminggu tu tak ada ketawa langsung. Menangis memanjang. Aku sangat letih dengan kehidupan aku. Aku hampir tak mampu hendak melaluinya. Aku sayang dia sama macam aku sayang diri aku tapi dia boleh panggil aku SETAN. Aku sangat terluka .Ya Allah kuatkanlah semangatku ini Ya Allah agar tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh mu Ya Allah....Amin Ya Robbala'lamin....

Align Center

Friday, November 12, 2010

Mata dah bengkak da...

Sebelum ni raihan dah janji dengan aku, dia kata nak bawak aku pergi Muar. Program Bamboo punya. Tapi last-last dia x bawak aku. Dia bawak din jer. Bengang betul aku. Berbulu jer. Lepas tu si raihan n nora tak explan apa-apa pun dengan aku. macam tu ke upline aku. Bila aku tanya, si raihan tu pulak boleh cakap aku ni menganjing dia. Bamboo satu team yang sangat okey. Bos-bos dia, orang-orang besar dia. Semua baik-baik,relax jer. Pertama kali join,rasa seronok,excited. Tapi orang-orang bawahan dia agak hampeh la. Kerja tapi mengamalkan sistem diskriminasi. Orang yang tak boleh bawak apa-apa keuntungan dekat dia orang di tinggal. Tak faham la aku. Kekadang ada jugak terasa hati dengan dia orang, tapi aku ambil keputusan aku diamkan jerlah. Sebab dia orang dah dengan bamboo dah lama da berbanding aku. Aku hanya mampu nanges dan terus nanges. Kerana duit ke orang jadi macam tu. Sampaikan fakhruddin boyfriend ak tu pun bleh marah-marah aku. Dulu aku tak bagi dia join benda ni sebab aku tahu benda sangat sosial. Tapi memang pun, orang yang kuat iman dan bukan kaki perempuan je aku rasa baru betul-betul boleh berjaya. Tapi boyfriend aku ni lain cerita pulak. wataknya berlainan dan bertentangan. So,macam mana aku nak bagi dia join, rasa cuak dan curiga tu ada.Raihan sendiri cerita dekat aku Fakhruddin meluahkan perasaan dia dekat Nabeha (bibik). Ya Allah terkejutnya aku, aku tak sangka boleh jadi macam ni. Lepas tu bibik sendiri pun dah buat pengakuan tu dekat aku. Ishh...tersentak dengar. Tu yang risau tu. Yang tak boleh blah tu. Raihan dengan Fakhruddin. Si Raihan ni selalu kutuk boyfriend aku Fakhruddin. Macam cerita la keluar kalau duduk atau col aku. Aku dengar jelah. Tak niat pun nak sampaikan. Sampai sekarang Fakhruddin tetap tak tahu yang raihan yang banyak buruk-burukkan dia. Baik aku punya cover. Tak nak la nanti dia orang gaduh pulak kan. Biarlah aku jer gaduh dengan Fakhruddin. Aku kan sanggup korban apa sahaja tuk dia. Walaupun jadi somethnig dekat aku. Aku akan cuba pertahankan persahabatan din dan raihan. Adui.. Kenapa airmata ni tak nak berhenti juga. Cukuplah wahai air mata,mata aku da mula bengkak ni. Dua tiga menjak ni tidur dengan airmata,bangun dengan air mata. Tapi tak ada sape-sape faham pun. Semua orang bahagia tapi aku trseksa.....semua ni sebab masalah yang berkait-kait termasuk yang dekat atas tu.