YA ALLAH berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang jitu untuk persediaanku melangkah kehidupan tanpanya di sisi....Berikanlah hamba petunjuk agar dapat melalui jalan-jalan dan liku2 yang betul....Berikanlah kebahagiaan kepada dirinya....Hambamu rela seandainya kebahagian diriku ganti untuk kebahagiaannya....Amin....
Thursday, January 28, 2010
Kesedihan Melanda Diri....
Bila kesedihan datang,kita akan menjadi huru hara. Buat tu tak kena,ni tak kena,senang kate semua tak kena. Dua tiga menjak ni, hidup aku agak huru hara, hubunganku telah di ganggu dengan orag ketiga. Siapa orang tu?. Entahlah aku masih tidak mampu untuk menjawab. Selama hampir 5 tahun aku cuba pertahankan hubungan kita orang tapi bukan mudah pelbagai halangan yang perlu aku tempuhi. Kekadang aku terfikir,ini belum tempuhi alam perkahwinan lagi. Apa lagi agaknya yang perlu aku lalui?. Kenapa terlalu pahit jalan yang aku lalui? Kenapa begitu banyak halangan yang perlu aku lalui? Aku cuma mahukan kebahagian yang begitu kekal yang abadi. Tanpa gangguan orang ketiga, keempat dan kelima. Adakah itu menjadi kesalahan?. Apa lgi agaknya pengorbanan yang aku perlu lakukan untuk mendapat kebahagian? Segala-galanya aku telah korbankan untuknya. Tapi apa yang aku dapat? Entahlah aku terlalu buntu. Aku tidak ada jawapan. Aku mahukan kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan dan lain-lain. Wahai lelaki yang aku sayangi dan cintai, hargailah aku selagi aku masih mampu bertahan untuk terus hidup bersamamu. Aku terlalu sayangkan kau sehinggakan aku rasa tempat kau sudah tidak mampu di ganti oleh orang lain. Kenapalah aku terlalu sayangkan dia? Aku sudah tidak mampu untuk berpaling tadah pada lelaki lain. Aku sudah tidak mampu. Andai ditakdirkan kau mahukan orang lain, aku rela lepaskan mu untuk kebahagian dirimu. Biarkan pun aku terpaksa mengorbankan segala-galanya untuk kebahagianmu....Pergilah...melangkahlah dengan tenang...Aku sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment