Pada aku cinta itu tidak boleh main-main. Cinta perlukan komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah.
Pesanku pada orang ketiga tersebut, sedar-sedarlah diri, carilah Kumbang lain kerana kumbang yang ada di dunia ni bukannya satu tapi banyak. Ingatlah, Allah tu Maha Adil, Jika kita mengganggu kebahagiaan orang lain dan menyebabkan orang lain mendapat kesusahan, Allah akan memberikan hukuman yang lebih setimpal dan berat sehingga kita tidak mampu untuk menghadapinya lagi. Nauzubillahminzzali....
No comments:
Post a Comment